BLOG INI DISEDIAKAN UNTUK INFOMASI TERKINI KEPADA RAKAN-RAKAN PENDITA GCP

Saturday, April 9, 2011

MOHON TUNJUK AJAR DARI SIFU PE


Between You and Fazlin Zainal
Fazlin Zainal April 9 at 12:51am Report
Salam,

Terima kasih kerana sudi menerima saya sebagai kawan. Saya ada beberapa soalan yg perlukan khidmat nasihat dari PE. Sebelum itu, saya seorg penjawat awam, part time fotografer dan berminat utk menjadi dealer GCP di Putrajaya.

Soalan saya adalah jika saya mempunyai modal RM30K, yg manakah perkara yg perlu saya lakukan dahulu:

1. Membeli emas dan melabur.
2. Membayar hutang Kredit Kad yg terkumpul RM15K.
3. Membeli peralatan fotografi RM10K.
4. Membuat ketiga2 nyer sekali.

Jika jwpnnya membeli emas, jenis apa dan berapa beratkah yg perlu ada di tangan.

Mohon nasihat dari PE.

Sekian.

Fazlin

Pendita Emas April 9 at 2:28pm
Terima kasih tuan kerana memberikan soalan cepu emas yang paling saya tunggu-tunggu.

Tahniah kepada anda kerana mempunyai pelbagai sumber pendapatan dan anda mahu tahu bagaimana caranya untuk memperkembangkan pendapatan yang anda miliki.

Dengan RM30k itu saya galakkan anda membuat semuanya sekali.

Belian emas fizikal pusingan pertama:

Langkah pertama :
RM30K anda laburkan dengan pembelian emas fizikal dengan GCP dan saya cadangkan buatlah pembelian barang kemas rantai tangan 999 kerana permintaannya sangat tinggi dan pajakan diterima disemua arrahnu berbanding jongkong emas 20g hingga 30g.

Katakan anda terus membuat pembelian emas gcp RM30K dan berharga RM150/g berbanding dengan sykt lain lebih tinggi (sbb GCP ada harga dealer dan pelanggan), anda mendapat emas seberat 200g

Langkah 2 : dah dapat emas 200g anda tukar semula kepada tunai dari Arrahnu. Katakan Agrobank skrg meletakkan rate pajakan RM165.80. Ini bermakna harga emas anda sebanyak RM165.80 X 200g =RM33160.00(nilai marhum pajakan) dan pinjaman arrahnu anda katakan dapat 70% dari nilai marhum RM33160 X 70% =RM23,212.00. Pada peringkat ini anda ada tunai EM23,212.00 dan aset emas sebanyak 200g bernilai RM30000.00 (dalam pajakan)


Langkah 3 : Selesaikan hutang kredit bank. kenapa? wang kad kredit boleh anda pusingkan semula untuk pembelian aksesori fotographer. Jika ada baki wang anda boleh pelbagaikan samada pelaburan ASB, Passbook gold maybank (walau bagaimanapun simpanan ini merupakan simpanan jangka panjang).

Langkah 4 : buatlah belian emas semula untuk pusingan kali kedua.

Tip Gunakan sebahagian 30K beli emas fizikal

Jika mahu menambah stok emas yang banyak menggunakan sebahagian RM30K jika harga RM150/g ini caranya

Belilah emas 50g (rantai tangan) anda keluarkan RM7500. Anda pajakan di arrahnu agrobak pada harga RM165.80 =RM165.80X 50g=RM8290.00 X 70%=RM5830

Gunakan RM5830 dan tambah wang saku RM1670 anda mendapat emas 50g lagi

buat pajakan lagi dan gunakan RM5830 dan tambah wang saku RM1670 anda mendapat emas 50g lagi

Pada peringkat 3 kali pusing anda telah mendapat 150g dengan kos sendiri RM7500 + RM1670 +RM1670 =RM10840.00 dan sebahagiannya bantuan agrobank (RM5830 x 2 =RM11660.00)

Anda sudah ada emas 24K sebanyak 150g dan ada tunai (RM19160) tidak terusik. Tunai nak bayar kad kredit pun boleh.

Pada langkah seterusnya anda nak buat apa dengan emas 150g?

Jika nak jadikan stok, bayar sahaja upah simpan dan pinjaman secara bulanan dengan agro. Lepas tebus simpan sehingga harga naik dan dijangka harga emas tahun ini USD1600/oz

Jika mahu jadikan perniagaan, buat jualan ke atas emas yang ada pada harga tinggi jika harga emas naik. Wang jualan emas gunakan semula buat belian emas 999 buyback dari rakan-rakan yang mahu tolak emas mereka pada harga murah. Untung jualan buatlah belian aksesori fotographer.
Pendita Emas April 9 at 2:55pm
Kalau boleh anda tidak mahu habiskan wang poket RM30,000.00 tapi dalam masa sama anda memiliki rantai emas 999 sebenar 500g.

Gunakan kaedah arrahnu agrobank. Buat pembelian emas 500g

caranya:

Langkah 1 : buat tempahan rantai emas 999 dengan harga RM150/g sebanyak RM75,000.00. Buat bayaran sebanyak 10% dengan GCP sebanyak RM7500.00.

langkah 2 : Buat temu janji dengan pengurusan GCP dimana mahu buat pajakan bagi mendapatkan bantuan kewangan 70%(RM52500)
melalui pajakan emas yang bakal diserahkan oleh runner GCP

Langkah 3: Runner GCP akan serah emas anda dan anda bolehlah membuat pajakan emas anda di agrobank dengan pendapatan lebih tinggi lagi iaitu RM165.80 X 500g =RM82, 900.00 (nilai marhum pajakan) x 70% (boleh pinjam)=RM58030.00.

Langkah 4: Setelah dapat RM58,030(wang pajakan) + RM15,000(20% wang poket) + RM7500(bayaran 10%)=RM80, 530 - RM75,000 = Berbaki RM5, 530.00

Ini bermakna dengan RM30K dan buat pembelian menggunakan kaedah 30-70 anda telah memiliki emas 500g dan tunai RM5,530.00

Bagaimana mahu menjana keuntungan sepanjang masa:

1. Buat jualan emas milik sendiri ketika harga emas naik (sekarang kedai emas jual RM166.00/g emas 24K.

2. Buat promosi untuk menarik rakan masuk menjadi downline GCP anda akan mendapat imbuhan RM100/kepala dan RM1.00/g bagi setiap belian emas yang mereka beli.

3. Pastikan tunai di tangan juga lebat dan Hasil jualan kita gunakan untuk membeli emas buy back dari rakan-rakan yang perlukan tunai segera dan buat jualan semula dengan keuntungan yang besar.

4. Pelbagaikan teknik pelaburan, terutama yang memberi pulangan yang cepat

No comments:

Post a Comment